Sports Day
Tanggal 2 Mac 2007 merupakan detik yang menjadi kebanggaan para atlet untuk berdiri megah di atas podium kejayaan dan diserikan dengan kilauan pingat yang dirangkul. Pada tarikh ini telah berlangsung acara yang penuh gilang-gemilang, iaitu Kejohanan Olahraga SGI ke-82. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Encik Tan Kean Choon, Pegawai Eksekutif Prestavest Sdn. Bhd. Acara bermula dengan lintas hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan dan unit beruniform. Bahang kepanasan terasa daripada persaingan sengit para atlet dan semangat mereka yang berkobar-kobar. Rumah Edward telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada kali ini. Kontinjen St. John Ambulans telah merangkul gelaran johan bagi acara perbarisan. Syabas untuk seluruh warga Georgian!
|


